Tuesday 16 May 2017

Tempat Menarik di Terengganu


               Pulau Perhentian terletak 21km dari pantai Terengganu (Kuala Besut) yang terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.  Ianya dikelilingi oleh hutan yang bersih dengan pasir yang memutih dan air laut yang biru. Pulau Perhentian ini adalah kawasan yang dilindungi di mana ianya adalah merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Marine Pulau Redang.
Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian Kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan menarik. Beberapa pantai yang cantik dan lokasi snorkeling terdapat disini. Pulau ini mempunyai banyak resort dan chalet yang menawarkan harga penginapan yang lebih murah berbanding Pulau Perhentian Besar. Lantaran itu, ia lebih terkenal dikalangan pelancong "backpackers" dan lebih sesuai untuk lokasi percutian bajet. Tiada jalinan jalanraya melainkan hanya jalan kecil yang merentas hutan di pulau ini. Jadi, untuk ke mana-mana lokasi, pengunjung boleh melalui jalan hutan atau menyewa bot dari operator pelancongan yang ada. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk ke Pulau Perhentian Besar bagi melihat tempat-tempat menarik disana.

Pulau Perhentian Besar

Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama percutian disini. Terdapat banyak resort menarik yang menawarkan berbagai pakej untuk pelancong terutama pakej snorkeling dan juga scuba diving. Disini juga terdapat beberapa operator pelancongan yang menawarkan kursus scuba diving termasuk kursus penuh bagi mendapatkan sijil PADI bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menyelam ke kawasan yang lebih dalam dan menarik. Jika anda sekadar ingin berehat dan menikmati keindahan di Pulau Perhentian, anda tidak perlu risau. Hampir semua resort terletak di kawasan pantai menarik yang ada di pulau ini. Jika anda ingin bersiar-siar disekitar pulau, ada jalan-jalan kecil yang menghubungkan beberapa resort berdekatan. Untuk melihat keindahan pulau, lebih mudah jika menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator pelancongan.

Waktu yang sesuai untuk ke Pulau Perhentian
Waktu yang paling sesuai untuk melawat Pulau Perhentian ialah pada awal bulan March atau April sehingga penghujung bulan Oktober.  Bulan-bulan yang lain adalah tidak sesuai kerana laut agak bergelora kerana musim tengkujuh dan aktiviti seperti berenang dan sebagainya menjadi bahaya. Oleh sebab itu, kebanyakan penginapan ditutup pada musim tengkujuh. 

Bagaimana hendak ke Pulau Perhentian
Pengangkutan Bagaimana caranya untuk ke Pulau Perhentian? Destinasi anda ialah Kuala Besut dimana feri ke Pulau Perhentian disediakan.
 Jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda boleh menaiki bas terus ke sana.
  •  Jika tiada perkhidmatan bas terus ke Kuala Besut dari tempat anda, anda boleh samada ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu - Bergantung pada lokasi terhampir dengan anda. 
  • Mengambil teksi untuk ke Kuala Besut. 
  • Menaiki feri ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai ke destinasi. 
  • Di Pulau Perhentian Besar, anda boleh menaiki bot untuk ke resort penginapan pilihan anda atau berjalan kaki melalui jalan hutan untuk ke resort tersebut.
 Nota/Peringatan: Feri ke Pulau Perhentian tidak sebesar feri Pulau Langkawi. Biasanya ia cuma boleh memuatkan lebih kurang 20 orang penumpang sahaja. Bot akan berayun dan melambung apabila merempuh ombak besar. Penumpang dinasihatkan agar makan ubat mabuk laut sebelum perjalanan menaiki feri. Wanita mengandung juga tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh membahayakan kandungan.

Apa yang menarik di Pulau Perhentian
Di Pulau Perhentian, anda boleh melihat pantai yang memutih dengan kejernihan air laut dan hutan yang bersih. Jika anda suka melihat pemandangan matahari terbenam, anda boleh ke Coral Bay di Pulau Perhentian Kecil.  

No comments:

Post a Comment