Tuesday 16 May 2017

Makanan Menarik




Restoran di Long Beach Pulau Perhentian Kecil

Bagi mereka yang menginap di Long Beach, terdapat beberapa restoran berhampiran resort. Di sini suasana agak berbeza pada waktu malam. Selain agak 'happening', suasana juga agak sedikit bising.
Selain gerai makan/ cafe tepi pantai, terdapat juga cafe-cafe di resort-resort di sini.

Harga makanan di sini rata-rata sedikit mahal sedikit dari Kampung Nelayan dan Coral Bay.


Gerai Makan / Restoran di pantai Long Beach


Gerai Makan / Restoran di pantai Long Beach

Makan di Pulau Perhentian Besar

Kami menginap 2 malam di Barat Perhentian Resort di Pulau Perhentian Besar. Di kawasan ini tidak ada penempatan penduduk kecuali resort-resort sahaja. Jadi bekalan makanan boleh diperolehi dari kedai di resort itu sendiri.

Untuk makan pula, The Barat sendiri menyediakan cafe untuk tetamu mereka. Harga makanan kami lihat boleh tahan juga. Tapi tiap-tiap malam kami lihat sentiasa penuh. Boleh pilih makan di dalam cafe atau di luar cafe. Di luar suasana makan memang cukup romantik, makan malam di temani cahaya lilin sambil dibuai alunan ombak. 

Cafe The Barat

Cafe The Barat - Minum petang sambil di buai angin laut

Antara menu dan harga di Cafe The Barat

Menjelang maghrib, meja-meja di Cafe The Barat telah di booking

Menjelang maghrib, meja-meja di Cafe The Barat telah di booking

No comments:

Post a Comment